Saturday, September 17, 2011

Kisah Chot

Chot baru lepas mengambil gambar di kedai berhampiran rumahnya.. Sekarang dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bus pun tiba.. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh, chot terpaksa berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang diambil dari kedai td..
Tiba-tiba bas itu berhenti mengejut.. Chot terlapas gambarnya itu lalu terjatuh dibawah tempat duduk penumpang.. Chot tunduk dan mencari gambarnya tadi.. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot pun berkata, " kak.. Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..." #%^*@


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 12, 2011

alamak toyol


Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Genre: Komedi Seram.

Tarikh tayangan: 3 November 2011.

Dipetik dari : laman web Sinema Malaysia.

Nantikan tayangannya.


Saturday, September 10, 2011

Lambang Monster Energy Taktik Barat Bagi Menyesatkan Akidah Umat Islam


Itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran.

Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.

Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.

Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.

Selain itu, saya juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.

Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Anda dinasihatkan agar sama-sama "remove" benda-benda sebegini.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...