Monday, June 28, 2010

JADUAL PIALA DUNIA 2010



FINAL


Sunday, 11 Jul 2010 2.30am
URUGUAY vs GERMANY (3rd & 4th)
:
:
:
Monday, 12 Jul 2010 2.30am
NETHERLANDS vs SPAIN
(1st & 2nd)


Friday, June 25, 2010

Panduan penjagaan bayi jaundis(sakit kuning)


BAYI jaundis perlu didedahkan kepada cahaya bililight sebagai rawatan. – Gambar hiasan


BAYI yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis, sama ada bersifat normal atau patologi.

Lebih kurang 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertamahingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.

Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.

Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian putih mata dan juga kulit yang bertukar warna kekuningan.

Kesan itu dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.

Biasanya bayi yang lahir mengalami warna kekuningan ini disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.

Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.

Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.

Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.

Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.

Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.

Namun, berbeza pula bagi yang menghidap penyakit kuning patologi. Ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin di dalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat.

Jenis penyakit kuning seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.

Apa perlu dilakukan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah untuk mengukur tahap bilirubin.

Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis.

Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih.

Biasanya ia tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, ia dirawat menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakkan di bawah cahaya bililight.

Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.

Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.

lMenyusukan bayi dari awal dan dengan kerap.

Kolostrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin.

lElakkan mengambil air tambahan. Hanya dua peratus bilirubin keluar melalui air kencing dan 98 peratus keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.

lGalakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap dua jam.

lJika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari tiga kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam dan beri kepada bayi anda.

lDedahkan kepada cahaya secara tidak terus kerana kulit bayi sensitif. Buka pakaian serta lampin dan letak di dalam bilik yang ada banyak cahaya.

Wednesday, June 23, 2010

Cantik dengan limau nipis

Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut.

Pulih kulit wajah

Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Hilangkan Bau Kaki

Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pad kaki.

Mewangikan rambut

Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala.

Tuesday, June 22, 2010

SEMUA UNIVERSITI KAT DUNIA NI GEREJA YANG PUNYA!!!

semakin ramai org islam memakai jubah kami, semakin banyaklah terlucutnya jubah Nabi Muhammad.


Aku; pak cik dr tadi asyk cakap “kami yg rancang….kami yg rancang”

Haa….skang ni pak cik cakap la yang semua universiti kat dunia ni gereja yang Punyer…

apa bukti…stakat cakap semua orang boleh…

(sepatutnya jiran aku ni paling tak pun ada sikit rasa tercabar…tapi raut muka dia sikit pun takda rasa tergugat,malah pandang aku dgn perasaan kesian…bengang btul aku)


Bishop ; ada pada satu hari tu di sebuah dewan,

ada ramai orang,dari pemimpin,orang Kenamaan hinggalah ibu bapa,keluarga dan kawan2 datang untuk ucapkan Tahniah,

berkongsi kegembiraan,kesyukuran kerana nendapat

Segulung ijazah…mereka bergambar bersama,memegang ijazah dan Bunga di dada sambil melontar topi di awan dgn teriakan puas…

Aku; jadinya kenapa?


Bishop ; jubah yg mereka pakai tu adalah pakaian kami..

Seluruh dunia telah mengenakan jubah kami dengan perasaan mereka begitu syahdu penuh bangga…

Mereka telah jadi waris kami tanpa kami perlu wujud di depan mereka

Malah mereka berebut2 melayakkan diri ke majlis itu.

(jauh di benak aku mmg mengakui kte ni mmg kene bodoh2 je dngn yahudi nie…jubah tu mmg sme,Cuma modified ckt jer)

Aku; ah….kalau saya graduate nanti saya tanak pakai pun jubah tu..

( tapi kalau tak pakai jubah tu pun tetap sama jer…tak ubah apa pun,belajar jugak ilmu)


Bishop ; kalau mampu,silakan….

Setiap 1 org menentang jubah ni, akan ada 1000 lagi yg akn menyarung jubah ni,

…..MEREKA YG MENGIDAMKAN MAJLIS INILAH YG AKN MEMPERTAHANKANNYA SENDIRI….

kami tak perlu Buat apa pun.. read more

Monday, June 21, 2010

Tembok Penjara Pudu berusia 100 tahun diroboh malam ini


Tiba detik 10 malam esok, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.

Seandainya tembok itu boleh berkata-kata, mungkin ia akan mengatakan bahawa 100 tahun sudah cukup baginya menyaksikan pelbagai peristiwa suka duka, pahit manis dan kini tiba masa untuk merelakan dirinya tumbang menyembah bumi setelah 14 tahun dilanda kesepian.

Mungkin ia juga akan mengatakan bahawa dirinya yang dahulunya gah dengan mural sepanjang 384 meter yang mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia, kini sudah tidak tidak bererti lagi.

Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut dibuat secara berperingkat-peringkat dan siap sepenuhnya pada tahun 1895.

Tembok penjara yang dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen dan diimport dari negara penjajah Britain, mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada Ogos 1892. Kos bagi pembinaan tembok ini sahaja bernilai RM15,360.90 (harga pada tahun 1800-an).

Namun begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalu lintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan.

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

Salah satu bahagian penjara yang banyak melakarkan cerita misteri ialah di Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.

Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985 apabila dua orang awam, Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid ditawan oleh enam orang banduan reman yang diketuai Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari apabila banduan itu menyerah diri.

Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.

Ekoran itu pada 1996 setelah 100 tahun menabur bakti, Penjara Pudu ditutup dan digantikan dengan Penjara Sungai Buluh, Selangor, 36km dari bandar raya Kuala Lumpur.

Tinjauan Bernama mendapati, proses meratakan tanah di bahagian dalam dan bersebelahan bangunan telah selesai dan kerja meroboh tembok dijangka dimulakan malam esok, Isnin pada pukul 10 malam.

Kerja-kerja meroboh kompleks penjara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga kota terutama bagi mereka yang mengetahui sejarah dan keunikan bangunan tersebut.

Bagi Prabu Munusamy, 32, beliau terkilan dengan tindakan tersebut berikutan bangunan penjara itu mampu berperanan sebagai tarikan pelancong.

Menurutnya, walaupun bangunan tersebut pernah ”menyimpan” mereka yang melakukan jenayah, namun ia wajar dipelihara kerana mempunyai nilai yang tersendiri.

“Bangunan ini pernah menempatkan penjenayah yang terkenal sejak dulu, jadi sampai hari ini pun ramai orang datang mahu melihat dan mengambil gambar bangunan ini,” katanya.

Chew Chong Huai, 52, berkata, tindakan tersebut amat menyedihkan memandangkan bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan seharusnya dijadikan tapak warisan di tengah-tengah bandar raya ini.

“Kalau di luar negara contohnya di China, bangunan bersejarah seperti ini akan disimpan dan dipelihara dan dijadikan sebagai warisan untuk tarikan pelancong,” katanya.

Bagi Irwan Hashim, 32, tindakan merobohkan tembok dan penjara berkenaan bagi tujuan pembangunan adalah tidak wajar tambahan pula bandar raya Kuala Lumpur sudah semakin sesak dengan pembangunan.

“Cukuplah pembangunan, Kuala Lumpur ini sudah padat dengan bangunan, kompleks membeli-belah dan sebagainya, janganlah sampai pembangunan memusnahkan warisan kita yang mencerminkan siapa kita,” katanya.

Sementara itu seorang pelancong dari Filipina, Farancisco B. Lopez, 49, berkata, Penjara Pudu sepatutnya dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong seperti penjara Alcatraz di California, Amerika Syarikat.

“Ini satu pembaziran dan tidak digunakan. Saya diberitahu bahawa bangunan ini merupakan salah satu peninggalan sejarah di negara ini kerana ia dibina pada era (penjajahan) Britain pada tahun 1800,” katanya.

Wednesday, June 16, 2010

malwarebytes activation key


berita gembira untuk semua pengguna malwarebytes.. ni ade activation key untuk malwarebytes anti malware.. so cube la k..

id:4RC86
key:ADWP-7DUH-N70P-REML


id:4OD83
key:XH60-V3B9-U84B-KNQE


id:3BR59
key:GFQQ-9WLK-EREA-MJVJ


id:5FV15
key:TY76-T9W9-492B-GQJQ

ID: 4QQ78
KEY: HC5L-7N1F-9CAX-RA15

NEW UPDATEDD KEYS ... AGAIN

ID: 2YB29-ICWT

4PYM-8P7B-8T57-YUPV

ID: 1SH26-ICWT

FUWK-7XNR-1VRY-LE74

ID: 8QY44-ICWT

PM5J-N745-W3RH-WFNX

ID: 3NN28-ICWT

DX5H-5F7M-1VDC-7XPD



Tuesday, June 15, 2010

system advance care activation key


ni ade lagi satu activation key untuk korang.. sape2 yang ade software system advance care yang tu boleh la gune key ni untuk dapat yang pro punye..

NAME : commentsthetruth
7485-7485-2BPJDWWB

NAME : punkcracks
BC18-BC18-C76E-D2C9

NAME : commentsthetruth
7485-7485-R987-3STE

Monday, June 14, 2010

Norton Ghost

hantu bukan sebarang hantu, tetapi ‘hantu’ ini untuk membantu industri dalam penyelesaian salinan (backup) dan pemulihan PC. Norton Ghost siri 15 direka untuk serasi Windows 7 dan menyokong cakera Blu-ray. Ia turut dilengkapi ciri pengimejan dingin yang menghasilkan imej komputer tanpa perlu pemasangan produk. Indikator ThreatCon Symantec digunakan secara automatik menyalin PC sekiranya berlaku ancaman sekuriti dan ia juga mampu bertindak segera jika berlaku kehilangan atau kerosakan. Norton Ghost berupaya memulih dan mengembalikan fail hilang yang menyebabkan kegagalan sistem meskipun sekiranya sistem operasi tidak dihidupkan. Ia juga mampu menyalin keseluruhan sistem dan fail speaifik dari lokasi luar menerusi FTP. Ciri Fleksibelnya pula membolehkan pengguna menetapkan sendiri masa salinan sama ada berjadual, mengikut ancaman atau secara automatik.

Sunday, June 13, 2010

Logitech M905

Sesuai dengan nama jolokan “anywhere mouse”, Logitech M905 menawarkan tetikus yang boleh digunakan di hampir pelbagai permukaan termasuk kaca dan permukaan lutsinar atau berkilat menerusi teknologi pengesan laser Darkfield khasnya. Ia ditawarkan dalam saiz kompak dan mudah guna serta rekaan ergonomik yang selesa dipegang untuk memudahkan anda menjalankan kerja-kerja melibatkan penggunaan tetikus yang banyak. Butang ke hadapan dan kebelakang yang ditempatkan di hujung ibu jari juga memudahkan anda melayari web, di samping penerima isyarat kecil akan memastikan anda memasang kemas pada komputer tanpa perlu ditanggalkan lagi. Malah penerima isyarat ini juga boleh dihubungkan ke lima papan kekunci atau tetikus lain untuk lebih banyak penggunaan pada satu masa.

Saturday, June 12, 2010

Motorola DS9808

Pengimbas kad bar dan imej hibrid daripada Motorola ini direka untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah disamping memperbaiki produktiviti. Pemegangnya berbentuk ergonomik agar selesa dipegang dan boleh juga digunakan secara bebas tangan. DS9808 boleh membaca semua kod bar termasuk 1D,2D, PDF 417,GS1, kod QR dan kod Micro QR. Ia juga mempunyai keupayaan untuk merakam gambar dan tandatangan. Imbasan boleh dilakukan pada jarak sehingga 26.7cm bagi model standart dan 45.7cm bagi model jarak jauh. Kelajuan leretan atau imbasan pula sehingga 2.54m sesaat bagi memastikan produktiviti kerja. Selain itu, peralatan ini juga mampu menyahaktif tag EAS dan mengimbas barangan berat dan besar.

Friday, June 11, 2010

JADUAL BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010 (FIFA WORLD CUP)


GROUP A

SOUTH AFRICA VS MEXICO (date 11/06 22:00)

URUGUAY VS FRANCE (date 12/06 02:30)

SOUTH AFRICA VS URUGUAY (date 17/06 02:30)

FRANCE VS MEXICO (date 18/06 02:30)

MEXICO VS URUGUAY (date 22/06 22:00)

FRANCE VS SOUTH AFRICA (date 22/06 22:00)


GROUP B

ARGENTINA VS NIGERIA (date 12/06 22:00)

KOREA VS GREECE (date 12/06 19:30)

GREECE VS NIGERIA (date 17/06 02:30)

ARGENTINA VS KOREA (date 17/06 19:30)

NIGERIA VS KOREA (date 23/06 02:30)

GREECE VS ARGENTINA (date 23/06 02:30)


GROUP C

ENGLAND VS USA (date 13/06 02:30)

ALGERIA VS SLOVENIEA (date 13/06 19:30)

SLOVENIA VS USA (date 18/06 22:00)

ENGLAND VS ALGERIA (date 19/06 02:30)

SLOVENIA VS ENGLAND (date 23/06 22:00)

USA VS ALGERIA (date 23/06 22:00)


GROUP D

GERMANY VS AUSTRALIA (date 14/06 02:30)

SERBIA VS GHANA (date 13/06 22:00)

GERMANY VS SERBIA (date 18/06 19:30)

GHANA VS AUSTRALIA (date 19/06 22:00)

GHANA VS GERMANY (date 24/06 02:30)

AUSTRALIA VS SERBIA (date 24/06 02:30)


GROUP E

NETHERLANDS VS DENMARK (date 14/06 19:30)

JAPAN VS CAMAROON (date 14/06 22:00)

NETHERLANDS VS JAPAN (date 19/06 19:30)

CAMEROON VS DENMARK (date 20/06 02:30)

DENMARK VS JAPAN (date 25/06 02:30)

CAMEROON VS NETHERLANDS (date 25/06 02:30)


GROUP F

ITALY VS PARAGUAY (date 15/06 02:30)

NEW ZEALAND VS SLOVAKIA (date 15/06 19:30)

SLOVAKIA VS PARAGUAY (date 20/06 19:30)

ITALY VS NEWZEALAND (date 20/06 22:00)

SLOVAKIA VS ITALY (date 24/06 22:00)

PARAGUAY VS NEWZEALAND (date 24/06 22:00)


GROUP G

COTE d'LVOIRE VS PORTUGAL (date 15/06 22:00)

BRAZIL VS KOREA DPR (date 16/06 02:30)

BRAZIL VS COTE d'LVOIRE (date 21/06 02:30)

PORTUGAL VS KOREA DPR (date 21/06 19:30)

PORTUGAL VS BRAZIL (date 25/06 22:00)

KOREA DPR VS COTE d'LVOIRE (date 25/06 22:00)


GROUP H

HONDURAS VS CHILE (date 16/06 19:30)

SPAIN VS SWITZERLAND (date 16/06 22:00)

CHILE VS SWITZERLAND (date 21/06 22:00)

SPAIN VS HONDURAS (date 22/06 02:30)

CHILE VS SPAIN (date 26/06 02:30)

SWITZERLAND VS HONDURAS (date 26/06 02:30)

Buffalo WHR-HP-G300N

Router dan titik akses Nfiniti siri WHR-HP-G300N ini direka untuk menghubungkan komputer meja an komputer riba ke internet secara wayerles. Ia sesuai untuk ruang pejabat dan kediaman kecil menerusi rekaannya yang kompak dan mempunyai antena terbina serta boleh digunakan untuk menstrim kandungan multimedia seperti muvi HD, muzik, muat turun imej, menerima atau manghantar emel daripada beberapa komputer secara serentak.



Dengan kadar pemindahan data sehingga 300Mbps, WHR-HP-G300N juga dikatakan dapat membantu anda menungkatkan rangkaian wayarles sedia ada dan menyediakan kelajuan serta liputan lebih baik berbanding Wireless-G. Untuk mengoptimumkan penyambungan, anda boleh serasikan peranti ini dengan adapter USB 2.0 kuasa ultra kompak. WLI-UC-GNHP yang turut diperkenalkan sekali dengan WHR-HP-G300N .




Thursday, June 10, 2010

Kaspersky Koss R2

Kaspersky melancarkan Kaspersky Open Security Release 2 (KOSS R2) iaitu penyelesaian keselamatan terkini untuk kegunaan perusahaan dan syarikat perniagaan. Ia menawarkan perlindungan optimum daripada perisian perosak dan lain-lain ancaman serta dikatakan mampu meningkatkan kadar keselamatan, prestasi dan pengurusan semua nodus dalam rangkaian komputer termasuk peralatan mudah alih dan pelayar.

Versi terbaru ini turut disertakan bersama Kaspersky Administration Kit 8.0 yang membenarkan pegurusan perlindungan antivirus pada satu tempat. Tiga lagi aplikasi korporat baru yang didatangkan bersama KOSS R2 ialah Kaspersky Anti-virus 6.0 bagi stesen kerja windows; pelayan windows dan penyelesaian pilihan kedua. Aplikasi ini dicipta untuk melindungi stesen kerja pelayar Microsoft Windows yang banyak digunakan oleh perusahaan.

microsoft office activation key

sape-sape yang br beli komputer baru selalu ada masalah dengan microsoft office sebab yg die bagi cume trial 60 hari.. so kalau korang nak yang boleh gune sampai komputer korang dh hukum campak cube la try key ni...

DDY79-433JV-2RXGX-MQFQP-PFDH8

QXMDH-CRYFM-QFR87-HB783-T7RFQ

P37JV-FYJ32-YHH3T-KX7GX-7BJY3

HRMGX-K8WKJ-7FBGW-FTBCY-DWCM3

Wednesday, June 9, 2010

Csio EX-Z90

Kamera 12.1 megapiksel ini dilengkapi ciri Foto Dinamik dan AF pintar memudahkan anda merakam gambar. Anda boleh tetapkan animasi grafik pada imej pegun yang dirakam atau hasilkan kad ucapan elektronik untuk dilihat, dicetak atau ditukarkan kepada fail muvi terus daripada kamera. Anda juga boleh menggabungkan subjek bergerak pada latar belakang berlainan sebagai motion JPEG untuk menghasilkan imej baru yang berbeza pada EX-Z90. Bagi fungsi fotografi pemandangan dan daturasi warna ditingkatkan boleh dilakukan menerusi mod landskap. Ciri ini memberi pilihan Landscape Vivid iaitu analisis imej yang memastikan hanya warna tertentu sahaja ditingkatkn pada gambar. Bagi pilihan Penghapus kabus pula, pemandangan berkabus yang disebabkan oleh cuaca dapat terangkan. Selain itu, anda boleh dapati EX-Z90 mampu merakam video kualiti DVD 1280x720 pada kadar 24 bingkai sesaat dan kongsikan video dengan menghubungkannya ke tv..



Tuesday, June 8, 2010

Lenovo ideaPad Y550P



Lenovo memperkenalkan komputer riba ideapad terbaru Y550P yang direka untuk gaya hidup moden masa kini dan dilengkapi processor intel Core i7 serta sistem operasi Windows 7 bagi kecekapan yang diperlukan oleh pengguna. Digabungkan bersama pensijilan pengalaman dimajukan Lenovo, ia mampu menyediakan masa mula atau boot sistem segera dan begitu juga untuk memadamkannya. Y550P turut dilengkapi pelbagai ciri multimedia menarik seperti kad grafik NVIDIA, skrin lebar HD 15.6 inci, speaker dengan bunyi surround Dolby Home Theater dan peralatan unik Lenovo SlideNav iaitu bar sensitif sentuhan di bahagian atas papan kekunci untuk memudahkan pengguna terus mengakses program, dokumen atau pintasan yang telah ditetapkan.

Spec : intel Core i7-720QM/1.6Ghz/133Mhz FSB/6MB L3 Cache/memory 4GB DDR3/500GB HDD 5400rpm/skrin 15.6” HD WLED/1366x768/16:9 skrin lebar/pemacu kombo Blu-Ray/bloetooth/WiFi 802.11n/bateri 6 sel/audio Dolby Home Theater/onekey/slideNav/veriFace/Windows 7 Home Premium/64-bit/saiz ketebalan 26mm/2.75kg/harga RM4,799.


Monday, June 7, 2010

Memberikan hadiah pada isteri

Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya.

"Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Saturday, June 5, 2010

Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang menyesatkan”.

(Hadis riwayat Ibn Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas 1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda

mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali

baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang dari tempat itu.

(Hadis riwayat Nasai)

Friday, June 4, 2010

Mencium isteri walaupun sebelum solat

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah

mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi

wuduknya.

(Hadis riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima)

Thursday, June 3, 2010

maksud logamaya

Sebuah fatamorgana adalah sebuah fenomena optik yang terjadi secara semulajadi di mana sinaran cahaya membongkok untuk menghasilkan gambar yang terlantar jauh benda atau langit. Perkataan ini diperolehi melalui khayalan Perancis, daripada Bahasa Latin mirare, yang bererti "untuk melihat, tertanya-tanya ". Ini adalah sama seperti anda melihat "cermin" dan "mengagumi". Seperti sebuah cermin, sebuah fatamorgana menunjukkan gambar prkara-perkara yang berlaku di tempat lain. Namun fizikal utama penyebab suatu fatamorgana, bukan pembiasan refleksi. Berbeza dengan halusinasi, fatamorgana adalah sebuah fenomena optik yang nyata yang boleh ditangkap di depan kamera, kerana sebenarnya sinar cahaya dibiaskan untuk membentuk citra palsu tentang pengamat lokasi. Bagaimanapun, apa sahaja gambar muncul, adalah ditentukan oleh fakulti penafsiran pikiran manusia. Sebagai contoh, gambar di daratan rendah sangat mudah keliru untuk refleksi dari tubuh kecil air. Fatamorgana boleh dikategorikan sebagai "inferior" (berarti lebih rendah), "unggul" (yang bererti lebih tinggi) dan "Fata Morgana". Seperti Fatamorgana yang terdiri daripada pelbagai imej yang luar biasa dan rumit seperti menegak-menumpuk membentuk satu imej yang berubah dengan cepat-khayalan.

Lenovo memperkenalkan komputer riba ideapad terbaru Y550P yang direka untuk gaya hidup moden masa kini dan dilengkapi processor intel Core i7 serta sistem operasi Windows 7 bagi kecekapan yang diperlukan oleh pengguna. Digabungkan bersama pensijilan pengalaman dimajukan Lenovo, ia mampu menyediakan masa mula atau boot sistem segera dan begitu juga untuk memadamkannya. Y550P turut dilengkapi pelbagai ciri multimedia menarik seperti kad grafik NVIDIA, skrin lebar HD 15.6 inci, speaker dengan bunyi surround Dolby Home Theater dan peralatan unik Lenovo SlideNav iaitu bar sensitif sentuhan di bahagian atas papan kekunci untuk memudahkan pengguna terus mengakses program, dokumen atau pintasan yang telah ditetapkan.

Spec : intel Core i7-720QM/1.6Ghz/133Mhz FSB/6MB L3 Cache/memory 4GB DDR3/500GB HDD 5400rpm/skrin 15.6” HD WLED/1366x768/16:9 skrin lebar/pemacu kombo Blu-Ray/bloetooth/WiFi 802.11n/bateri 6 sel/audio Dolby Home Theater/onekey/slideNav/veriFace/Windows 7 Home Premium/64-bit/saiz ketebalan 26mm/2.75kg/harga RM4,799.

Meminta isteri meminyakkan badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah.

(Hadis riwayat Ibn Asakir)

Minum bergantian pada tempat yang sama

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama

walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya.

(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

Wednesday, June 2, 2010

Microsoft LifeCam Cinema

Beberapa peralatan baru telah doperkenalkan oleh microsoft sehubungan dengan kemunculan windows 7 bagi meningkatkan ciri baru sistem operasi itu dan memastikan kecekapannya. Salah satu adalah LifeCam Cinema iaitu kamera web pertama menawarkan video skrin lebar dengan sensor 720p, keupayaan auto fokus sehingga 10cm dan teknologi ClearFrame untuk memacu kualiti video seakan sinema. Ia mampu merakam atau mengambil gambar resolusi 16:9, memastikan sesiapa pun tidak ketinggalan terutama dalam sembang video berkumpulan. Ia juga direka untuk sesuai cahaya rendah dan membolehkan video yang dirakam kelihatan jelas. Sementara itu, teknologi ClearFrame khas kamera web ini pula menawarkan pemproses imej pantas agar imej segera terhasil bingkai ke bingkai dengan kurang gangguan.

Menyembur wangian pada bahagian aurat

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh baginda.

(Hadis riwayat Ibn Majah)

Tuesday, June 1, 2010

Dell Precision T1500



Dell telah menjalinkan kerjasama jangkamasa panjang dengan Autodesk untuk menawarkan stesen kerja Dell Precision T1500 yang dilengkapi perisian AutoCad Autodesk. Pengguna kini boleh menghasilkan model 2D dan 3D dengan mudah, diintegrasikan bersama pilihan kuasa pemproses Amd Ati FirePro dan kad NVIDIA Quadro, ia mampu memecut kecekapan OpenGL. T1500 merupakan komputer semua dalam satu yang menggunakan hanya satu sambungan kuasa untuk beroperasi. Ia turut dikuasakan pemproses terkini intel Core i7 dan memori DDR3 1333Mhz kelajuan tinggi untuk kelancaran kerja yang diperlukan pengguna. Komputer ini turut didatangkan bersama pensijilan ISV untuk menjalankan aplikasi AutoCAD, sekali gus memberi pengguna dua nilai dalam satu produk.

Spec : Quad Core Intel i7/i5/64-bit/mod turbo/teknoligi HyperThreading/intel P55/memori 16GD 1066Mhz/1333Mhz non-ECC/4 DIMM slots/Flash BIOS 8MB/1x PCI Express x16 Gen 2/ATI FirePro V3750/ Nvidia Quadro FX580/NVIDIA Quadro NVS 295. SATA 3.0Gb/s/7200RPM/8MB DataBurst/cache 1.0TB.SATA x 2.0TB(max). Kawalan Ethernet Broadcom 57780 Gigabit. 1/0 12xUSB 2.0/2xPS/2/1xRJ-45/Port IEEE 1394a. Serasi paparan panel nipis 17”/30 darjah/windows 7/vista/xp/linux/saiz 37.04x17.0x43.38cm




2. Ayat supaya anak mendengar kata ibu bapa

Mendidik anak pada zaman siber bukanlah 1 perkara yang mudah. Anak anak zaman sekarang mudah terdedah pada pengaruh luar & anasir jahat, ini menyebabkan mereka menjadi liar, sukar dikawal dan lain lain. Al-Quran mempunyai kunci pada permasalahan ini, bacalah ayat yang terkenal dengan panggilan ayat seribu dinar ini. Keampuhan ayat ini memang telah terbukti insyaAllah

{At Tolaq:2-3}

Metod:Baca ayat ini sebanyak 3/5/7/9/11/21 ( min 3X, max 21X) selepas

solat terutamanya waktu subuh & maghrib


Ilmu pengasih

1. Pengasih Bismillah 6

Bismillah 6 mengandungi asma’ Allah (nama nama Allah) yang maha agung & maha hebat.

Metod: Baca Bismillah 6 ini sambil memandang pada lelaki/ perempuan idaman. Niatkan membaca bismillah dengan tujuan dia jatuh kasih pada kita


[ menang iphone 3g 16gb dengan hanya 1 klik sahaja.. klik sini untuk lebih lanjut.. KLIK ]

Cara Rasulullah saw mengekalkan keharmonian rumah tangga

Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid

Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam 1 selimut tiba tiba Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah, "kerana saya haid". Sabda Rasulullah saw, “kalau begitu pergilah, lalu pakailah kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalau berselimut dengan baginda”.

(Hadis riwayat Said b Mansur)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...