Tuesday, April 19, 2011

Kedah naikkan cukai tanah UUM 10 kali ganda

ape la masalah kerajaan kedah sampai naikkan cukai universiti utara malaysia ni.. dieorg xtau ke yang tu tempat bdk2 nk belajar.. kalau dah naikkan cukai tinggi sangat nnt pelajar2 jgk kene tempias.. dieorang ni tak tau befikir langsung la.. tak layak jadi pemimpin kalau mcm ni.. 


PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan PAS Kedah yang menaikkan kadar cukai tanah di Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda iaitu daripada RM150,000 sebelum 2008 kepada RM1.8 juta, pada tahun ini. 

Mohamed Khaled berkata, beliau juga kecewa kerana kerajaan PAS Kedah gagal menyelesaikan kekurangan bekalan air di UUM sejak setahun lalu yang kini semakin serius.

Berikutan itu, pengurusan UUM terpaksa membelanjakan sehingga RM90,000 sebulan bagi menyewa lori dan mengangkut air bersih untuk memenuhi keperluan harian lebih 20,000 pelajar di universiti berkenaan.
“Sebelum ini (ketika Barisan Nasional) memerintah Kedah, memang mereka tidak mengenakan cukai tanah yang terlalu tinggi, tetapi selepas pembangkang mengambil alih, mereka mengenakan cukai lebih 10 kali ganda. 

“Saya ingat ini sesuatu yang tidak membantu usaha kerajaan memartabatkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Kerajaan PAS Kedah cuba mengaut untung daripada IPTA yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan bagi memastikan negara berkembang maju dan bersaing dengan negara lain. 

“Ini adalah sesuatu yang pada saya tidak menggambarkan kefahaman kerajaan negeri pembangkang mengenai kepentingan pembangunan IPTA. Dulu Selangor pernah menolak cadangan kita mahu menubuhkan kampus UiTM (Universiti Teknologi Mara), kini Kedah mengenakan cukai tanah 10 kali ganda,” katanya selepas menyerahkan surat tawaran untuk mengikuti Program Khas Pasca Siswazah kepada 10 Ahli Parlimen di sini, semalam. Hadir sama, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak. 


2 comments:

  1. cuba baca yang ni pulak....jangan dengar sebelah pihak saja...

    http://www.wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=929%3Amengapa-permohonan-rebat-cukai-tanah-uum-ditolak-kerajaan-negeri-&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...