*ayat pengasih
Berdasarkan kaedah fiqh “al aslu fi al ashya' ibahah”, maka hukum asal sesuatu
perkara adalah harus, selagi tiada perkara yang melanggar syariat dilakukan.
Sebagai contoh, seseorang menggunakan ayat pengasih untuk tujuan disayangi
oleh majikan & mendapat kedudukan yang baik dalam syarikat, maka ia adalah
dibolehkan, namun jika diamalkan hanya untuk nafsu, membalas dendam,
dengki, amalan tersebut adalah menyalahi syariat Islam, maka hukumnya adalah
dilarang (HARAM)
Ilmu pengasih
1. Pengasih Bismillah 6
Bismillah 6 mengandungi asma’ Allah (nama nama Allah) yang maha agung & maha hebat.
Metod: Baca Bismillah 6 ini sambil memandang pada lelaki/ perempuan idaman. Niatkan membaca bismillah dengan tujuan dia jatuh kasih pada kita
Akan menyusul :
-ayat supaya anak mendengar kata ibu bapa
-doa pengasih mukmin
2. Ayat supaya anak mendengar kata ibu bapa
Mendidik anak pada zaman siber bukanlah 1 perkara yang mudah. Anak anak zaman sekarang mudah terdedah pada pengaruh luar & anasir jahat, ini menyebabkan mereka menjadi liar, sukar dikawal dan lain lain. Al-Quran mempunyai kunci pada permasalahan ini, bacalah ayat yang terkenal dengan panggilan ayat seribu dinar ini. Keampuhan ayat ini memang telah terbukti insyaAllah
{At Tolaq:2-3}
Metod:Baca ayat ini sebanyak 3/5/7/9/11/21 ( min 3X, max 21X) selepas
solat terutamanya waktu subuh & maghrib
Akan menyusul :
-doa pengasih mukmin
harrap berkesan pada yang mmrlukan:)
ReplyDelete