PUTRAJAYA 27 Mei – Pengharaman penjualan rokok 14 batang tidak dapat dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini kerana Kementerian Kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.
"Pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.
"Memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.
Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal. – Bernama
senang je jgn jual rokok mahal2 mesti xramai orang beli rokok seludup.. ape susah.. asyik nk makan duit rakyat lebih-lebih rakyat kene la cari alternatif lain.. naik harge tinggi2 pn orang akan tetap beli rokok jugak.. makin ramai orang penagih rokok adalah sekarang ni..
haha buat jahat semua jadi weyy
ReplyDelete