Saturday, July 24, 2010


menawarkan ciri kerja dan juga peribadi, Nunifone M10 menggabungkan kepakaran teknologi mudah alih ASUSTek dan Garmin Ltd menerusi telefon pintar multi sentuh penuh. ia dikuasakan Windows Mobile 6.5.3 terkini dan dilengkapi teknologi navigasi popular Garmin untuk pengguna menavigasi lokasi serta mendapat kecekapan diperlukan pada telefon bimbit mereka. M10 turut menyediakan ciri emel,kalendar,mesej segera (IM) dan ciri perangkaian sosial komprehensif untuk keseimbangan kerja dan sosial

dengan rekaan ringkas dan paparan 3.5 inci WVGA, telefon pintar ini juga dilengkapi antaramuka mesra pengguna yang boleh diakses secara sentuhan jari. terdapat ciri Billboard yang membolehkan pengguna melihat kesemua informasi penting sekali gus, manakala pengurus tugas 3D intuitif untuk pengguna beralih antara aplikasi. M10 didatangkan dengan kamera 5MP, Navigasi Garmin Nuvi 1460,sambungan HSPDA,WiFi 802.11b/g,bateri 1500 mAh, memori RAM 512MB dan ROM 512MB serta 4GB memori flash untuk memastikan operasi berjalan lancar dan storan mencukupi bagi simpanan multimedia dan data.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...