Wednesday, February 23, 2011

Tujuh Kalimah




Tujuh Kalimah

Abu Lait berkata, "Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati tujuh kalimah ini, maka ia mulia di sisi Allah S.W.T. dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya sebanyak buih lautan. Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduanya baik baginya.

1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulalah dengan Bismillah.

2. Apabila telah selesai dari mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca Alhamdulillah.

3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan Astaghfirullah.

4. Kalau hendak melakukan sesuatu pada esok hari hendaklah berkata Insya Allah.

5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca Laa haulawalla quwwata illa billahilaliyyil azim.


6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah selalu membaca Inna lillahi wa inna ilahi raajiunn.

7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca Laa ilaha illallah

4 comments:

  1. semoga menjadi amalan kita bersama..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kerana mengingatkan...insyaallah akan saya lakukan =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...