Tuesday, June 8, 2010

Lenovo ideaPad Y550P



Lenovo memperkenalkan komputer riba ideapad terbaru Y550P yang direka untuk gaya hidup moden masa kini dan dilengkapi processor intel Core i7 serta sistem operasi Windows 7 bagi kecekapan yang diperlukan oleh pengguna. Digabungkan bersama pensijilan pengalaman dimajukan Lenovo, ia mampu menyediakan masa mula atau boot sistem segera dan begitu juga untuk memadamkannya. Y550P turut dilengkapi pelbagai ciri multimedia menarik seperti kad grafik NVIDIA, skrin lebar HD 15.6 inci, speaker dengan bunyi surround Dolby Home Theater dan peralatan unik Lenovo SlideNav iaitu bar sensitif sentuhan di bahagian atas papan kekunci untuk memudahkan pengguna terus mengakses program, dokumen atau pintasan yang telah ditetapkan.

Spec : intel Core i7-720QM/1.6Ghz/133Mhz FSB/6MB L3 Cache/memory 4GB DDR3/500GB HDD 5400rpm/skrin 15.6” HD WLED/1366x768/16:9 skrin lebar/pemacu kombo Blu-Ray/bloetooth/WiFi 802.11n/bateri 6 sel/audio Dolby Home Theater/onekey/slideNav/veriFace/Windows 7 Home Premium/64-bit/saiz ketebalan 26mm/2.75kg/harga RM4,799.


1 comment:

  1. wahhh..styloo..nmpk seperti tdk mgunakn keyboard

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...