Monday, June 14, 2010

Norton Ghost

hantu bukan sebarang hantu, tetapi ‘hantu’ ini untuk membantu industri dalam penyelesaian salinan (backup) dan pemulihan PC. Norton Ghost siri 15 direka untuk serasi Windows 7 dan menyokong cakera Blu-ray. Ia turut dilengkapi ciri pengimejan dingin yang menghasilkan imej komputer tanpa perlu pemasangan produk. Indikator ThreatCon Symantec digunakan secara automatik menyalin PC sekiranya berlaku ancaman sekuriti dan ia juga mampu bertindak segera jika berlaku kehilangan atau kerosakan. Norton Ghost berupaya memulih dan mengembalikan fail hilang yang menyebabkan kegagalan sistem meskipun sekiranya sistem operasi tidak dihidupkan. Ia juga mampu menyalin keseluruhan sistem dan fail speaifik dari lokasi luar menerusi FTP. Ciri Fleksibelnya pula membolehkan pengguna menetapkan sendiri masa salinan sama ada berjadual, mengikut ancaman atau secara automatik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...