Thursday, June 10, 2010

Kaspersky Koss R2

Kaspersky melancarkan Kaspersky Open Security Release 2 (KOSS R2) iaitu penyelesaian keselamatan terkini untuk kegunaan perusahaan dan syarikat perniagaan. Ia menawarkan perlindungan optimum daripada perisian perosak dan lain-lain ancaman serta dikatakan mampu meningkatkan kadar keselamatan, prestasi dan pengurusan semua nodus dalam rangkaian komputer termasuk peralatan mudah alih dan pelayar.

Versi terbaru ini turut disertakan bersama Kaspersky Administration Kit 8.0 yang membenarkan pegurusan perlindungan antivirus pada satu tempat. Tiga lagi aplikasi korporat baru yang didatangkan bersama KOSS R2 ialah Kaspersky Anti-virus 6.0 bagi stesen kerja windows; pelayan windows dan penyelesaian pilihan kedua. Aplikasi ini dicipta untuk melindungi stesen kerja pelayar Microsoft Windows yang banyak digunakan oleh perusahaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...