Friday, June 11, 2010

Buffalo WHR-HP-G300N

Router dan titik akses Nfiniti siri WHR-HP-G300N ini direka untuk menghubungkan komputer meja an komputer riba ke internet secara wayerles. Ia sesuai untuk ruang pejabat dan kediaman kecil menerusi rekaannya yang kompak dan mempunyai antena terbina serta boleh digunakan untuk menstrim kandungan multimedia seperti muvi HD, muzik, muat turun imej, menerima atau manghantar emel daripada beberapa komputer secara serentak.



Dengan kadar pemindahan data sehingga 300Mbps, WHR-HP-G300N juga dikatakan dapat membantu anda menungkatkan rangkaian wayarles sedia ada dan menyediakan kelajuan serta liputan lebih baik berbanding Wireless-G. Untuk mengoptimumkan penyambungan, anda boleh serasikan peranti ini dengan adapter USB 2.0 kuasa ultra kompak. WLI-UC-GNHP yang turut diperkenalkan sekali dengan WHR-HP-G300N .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...