Sunday, June 13, 2010

Logitech M905

Sesuai dengan nama jolokan “anywhere mouse”, Logitech M905 menawarkan tetikus yang boleh digunakan di hampir pelbagai permukaan termasuk kaca dan permukaan lutsinar atau berkilat menerusi teknologi pengesan laser Darkfield khasnya. Ia ditawarkan dalam saiz kompak dan mudah guna serta rekaan ergonomik yang selesa dipegang untuk memudahkan anda menjalankan kerja-kerja melibatkan penggunaan tetikus yang banyak. Butang ke hadapan dan kebelakang yang ditempatkan di hujung ibu jari juga memudahkan anda melayari web, di samping penerima isyarat kecil akan memastikan anda memasang kemas pada komputer tanpa perlu ditanggalkan lagi. Malah penerima isyarat ini juga boleh dihubungkan ke lima papan kekunci atau tetikus lain untuk lebih banyak penggunaan pada satu masa.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...