Wednesday, June 2, 2010

Microsoft LifeCam Cinema

Beberapa peralatan baru telah doperkenalkan oleh microsoft sehubungan dengan kemunculan windows 7 bagi meningkatkan ciri baru sistem operasi itu dan memastikan kecekapannya. Salah satu adalah LifeCam Cinema iaitu kamera web pertama menawarkan video skrin lebar dengan sensor 720p, keupayaan auto fokus sehingga 10cm dan teknologi ClearFrame untuk memacu kualiti video seakan sinema. Ia mampu merakam atau mengambil gambar resolusi 16:9, memastikan sesiapa pun tidak ketinggalan terutama dalam sembang video berkumpulan. Ia juga direka untuk sesuai cahaya rendah dan membolehkan video yang dirakam kelihatan jelas. Sementara itu, teknologi ClearFrame khas kamera web ini pula menawarkan pemproses imej pantas agar imej segera terhasil bingkai ke bingkai dengan kurang gangguan.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...